Tarikh :
18 Ogos 2015
Hari :
Isnin
Tempat : A2
Perjumpaan
kali pertama telah diadakan diantara Encik Firdaus dan para pelajar berkaitan dengan subjek MPU2432.Kami perlu melaksanakan satu program sebagai markah untuk kami lulus bagi subjek tersebut. Perjumpaan
ini turut membincangkan hal berkaitan program yang bakal dianjurkan oleh kami. Encik Firdaus
juga menerangkan perkara-perkara dan langkah yang perlu dibuat sebelum melaksanakan
program.Pelbagai aktiviti yang menarik telah diutarakan untuk dimuatkan di
dalam program tersebut. Antaranya ialah sukaneka dan sukan pantai. Kami telah
bersependapat untuk memilih sukan pantai sahaja kerana menjangkakan aktiviti
tersebut bakal mendapat banyak penyertaan daripada para peserta berbanding
sukaneka.
Kami
telah bersetuju untuk melakukan program dan
ianya melibatkan para pelajar Kolej Poly Tech Mara kampus Kuantan iaitu pelajar
daripada kolej kami kerana ia akan memudahkan kerja kami untuk mengumpul
penyertaan berbanding penyertaan peserta luar. Selepas itu, kami juga turut
mengira secara kasar kos yang akan diperlukan. Makanan, keselamatan, kebajikan
dan pengangkutan para peserta juga tidak dilupakan.
No comments:
Post a Comment