Monday, 26 October 2015

Malam sebelum program

Hari Kemuncak Beach Sport Event

Tempahan Medal

Tarikh              : 14 September 2015
Hari                 : Isnin
Tempat            : Chiang Sports and Souvenir, Jalan Haji Junid, Kuantan
                           Kedai Medal, Kompleks Teruntum, Kuantan


            Kami juga turut membuat tinjauan di beberapa buah kedai medal bagi medapatkan medal yang berkualiti dan sesuai dengan kos yang dibuat. Antara kedai tersebut ialah Chiang Sports and Souvenir di Jalan Haji Junid, Kuantan. Terdapat pelbagai medal dijual dan berlainan harga. Harga yang ditetapkan adalah mengikut jenis medal dan saiz tali. Seterusnya, kami pergi ke Kompleks Teruntum kerana terdapat lebih banyak kedai yang membuat tempahan medal. Akhirnya, kami membuat tempahan medal di salah sebuah kedai kerana harga medal di edai tersebut jauh lebih rendah berbanding dengan kedai kedai sebelum ini. Kami bersetuju untuk menempah 55 biji medal dan tauke kedai tersebut bersetuju jika kami akan mengambil medal tersebut pada hari Jumaat sebelum program.







Gambar di atas menunjukkan kedai medal dan 
jenis medal yang terdapat di kedai tersebut 

Perjumpaan Kali Ketiga

Tarikh              : 12 September 2015
Hari                 : Sabtu
Tempat            : A18


            Berikut ialah senarai pembahagian tugasan yang telah dibuat agar pengurusan program berjalan dengan lancar seperti yang telah ditetapkan.






Tujuan perjumpaan kali ini adalah untuk membuat pembahagian tugasan mengikut jawatan masing-masing. Disamping itu, terdapat juga perubahan jawatan dan pertambahan tugasan ahli jawatankuasa tapi ini tidak menjejaskan program kami.Selain itu, kami juga mmbincangkan tentang perbelanjaan program dan mendapati bahawa bajet yang ditetapkan telah melebihi had. Kami terpaksa menolak beberapa perkara yang tidak penting dan mendahulukan perkara yang lebih penting. Selain itu, kami juga berhadapan masalah wang  dengan pihak kolej kerana mereka  tidak dapat memberi wang dalam tempoh yang segera atas beberapa alasan. Kami merasa buntu dan akhirnya ada di antara kami yang sanggup mencari dana daripada pihak lain.

  
                        Gambar di atas menunjukkan perbincangan yang sedang dilakukan
                                                            antara ahli jawatankuasa

Perjumpaan Kedua

Tarikh              : 7 September 2015
Hari                 : Isnin
Tempat            : A18

            Perjumpaan kali kedua bersama Encik Firdaus kerana ingin membincangkan masalah- masalah yang berkaitan dengan program tersebut. Pelbagai masalah telah diajukan kepada Encik Firdaus dan bersama-sama berganding bahu untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar yang segera sebelum hari program. Contoh masalah tersebut ialah perbelanjaan yang tidak mencukupi dan tarikh program tersebut akan diadakan. Terdapat percanggahan pendapat antara kami dan Encik Firdaus tetapi  dapat diselesaikan dengan baik.




                                       
                                        Gambar 1 dan 2 menunjukkan para pelajar sedang khusyuk                                                                     mendengar penerangan daripada Encik Firdaus.


Pemilihan Ahli Jawatankuasa Program

Tarikh              : 17 Ogos 2015
Hari                 : Isnin
Tempat            : A18

AHLI  JAWATANKUASA PROGRAM

PENGARAH PROJEK:
MUHAMMAD ALIF ISKANDAR BIN MOHD ZULKARNAIN
(0176961218)

TIMBALAN PENGARAH PROJEK:
MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHAMMAD ZAIMI
(0145176933)

SETIAUSAHA:
NURUL ATIQAH BINTI MOHD RIZAR
(0177415132)

TIMBALAN SETIAUSAHA:
NAZUHA BINTI AZUDDIN SHAH
(0145051028)

BENDAHARI:
AIN NUR AISHAH BINTI MOHD YUSOF
(0199458455

TIMBALAN BENDAHARI:
MEOR JOHAN ASMADI BIN HAMZAH
(0173951187)

AJK MAKANAN:
   ·         MOHD NAZMI BIN MOHD BUKHARI (0145214408)
   ·         MOHAMMAD ALIF FIKRI BIN MOHAMMAD JOHARI (0178211561)
   ·         MUHAMMAD ASYRAF BIN SAID (0132004418)
   ·         AHMAD SHOLIHIN BIN JAMALUDIN (0173820998)

AJK TEKNIKAL:
   ·         AINNAR FATIN BINTI MOHD SABRI (01119802044)
   ·         HAZIQ AMADI BIN HAIRUL NIZAM (0193822097)
   ·         AISAR AKHTAR BIN OTHMAN (0123929582)

KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN:
   ·         ADIB AZALI BIN SALLEH (0178814079)
   ·         MUHAMMAD AMIRUL ASYRAF BIN MOHD RANI (01116548415)
   ·         MOHAMAD FAIZAL BIN MOHD JUWINI (0176474057)

AJK LOGISTIK:
   ·         IZZAT MUBASYIR BIN MANIRUL OTHMAN (0129723428)
   ·         MUHAMMAD FITRI BIN ABU SAMAH (0134218495)
   ·         MUHAMMAD SYAHIR AMNAN BIN SHAHARAM (0109386042)

AJK PERHUBUNGAN AWAM:
   ·         1)MOHAMAD HAFIZ IQRAM BIN MARZUKI (0145261038)
   ·         2) NAZRIN BIN RAHMAT RADZI (0177411956)
   ·         3)AHMAD IRHAM BIN DAUDA (0148380675)

TUGAS-TUGAS KHAS:
   ·         DONA EMIRA BINTI HEINKO DONA (0123246535)
   ·         AMELIA BINTI ABD KARIM (01136685796)
   ·         ANISAH FARHAH BINTI AHMAD (0136324982)


Perjumpaan Pertama

Tarikh             : 18 Ogos 2015
Hari                 : Isnin
Tempat            : A2

Perjumpaan kali pertama telah diadakan diantara Encik Firdaus dan para pelajar berkaitan dengan subjek MPU2432.Kami perlu melaksanakan satu program sebagai markah untuk kami lulus bagi subjek tersebut. Perjumpaan ini turut membincangkan hal berkaitan program yang bakal dianjurkan oleh kami. Encik Firdaus juga menerangkan perkara-perkara dan langkah yang perlu dibuat sebelum melaksanakan program.Pelbagai aktiviti yang menarik telah diutarakan untuk dimuatkan di dalam program tersebut. Antaranya ialah sukaneka dan sukan pantai. Kami telah bersependapat untuk memilih sukan pantai sahaja kerana menjangkakan aktiviti tersebut bakal mendapat banyak penyertaan daripada para peserta berbanding sukaneka.

Kami telah bersetuju  untuk melakukan program dan ianya melibatkan para pelajar Kolej Poly Tech Mara kampus Kuantan iaitu pelajar daripada kolej kami kerana ia akan memudahkan kerja kami untuk mengumpul penyertaan berbanding penyertaan peserta luar. Selepas itu, kami juga turut mengira secara kasar kos yang akan diperlukan. Makanan, keselamatan, kebajikan dan pengangkutan para peserta juga tidak dilupakan.